Tuesday, December 16, 2008

MEREKA HANYA PANDAI BERPURA-PURA

Kenapa dan mengapa orang2 politik (juga di sebut politikus) sangat di benci ramai:

1. Salah satu sebab ialah - mereka simply refuse nak mengaku 'politik wang' itu suatu gejala rasuah. Jadi, mereka sentiasa mengguna-pakai ungkapan 'politik wang' instead of 'rasuah' - seolah-olah tiada istilah 'rasuah' dalam kamus mereka. Seolah-olah mereka semua bersih dari kegiatan rasuah. Ini juga untuk mengelabui mata rakyat/pengundi.
Sungguh licik sekali tindak tanduk puak2 yang di pilih pengundi2 yang mahu digelar sebagai "YB" kependekkan "Yang Berhormat". Nampak sangat jenis mereka ini jenis yang ingin kelentong, temberang, membohong, menipu dan membodoh2kan rakyat/pengundi2 semata2.

2. Ketuanan Melayu - slogan keramat yang di laung2kan dengan penuh semangat sebagai menunjukkan yg mereka lah 'pejuang bangsa' adalah hanya 'rhetoric' semata - maksud dari Kamus Dewan: retorika = bahasa yg terlalu berbunga-bunga (biasanya membayangkan ketidak-ikhlasan) - contoh : "the rhetoric of politicians" kata yg muluk-muluk ahli politik.
Semuanya itu hanyalah alasan2 untuk kepentingan diri mereka dan kalangan mereka sendiri - bukan untuk kepentingan rakyat sejagat.

3. Sikap cakap2 melebih2 - NATO (No Action Talk Only) - banyak memberi janji2 yg kosong.
Itu cukup jelas dan amat ketara. Orang2 politik - setelah menang dipilih melalui undi pilihanraya - dengan begitu segera mereka berubah sikap & perangai - YB2 yg dengan tiba2nya menjadi angkuh, sombong dan bongkak - di susuli dengan sikap tidak jujur dan tidak bertanggungjawab.

4. Mereka-mereka ini suppose-to-be 'penggubal undang2' - the so-called 'law-makers' - BUT all are for their own good - for their own need & interest semata2 - ya! semata2 untuk kepentingan mereka sendiri (termasuk diri mereka dan kaum keluarga & kroni & yg berkaitan/connection).

5. Melihat muka2 mereka (YB2) appear di kaca TV (media penyebaran 'am milik parti mereka sendiri) - pun sudah menampakkan muka2 hipokrit yg langsung tidak membayangkan - tidak menggambarkan sifat KEJUJURAN/SINCERITY.
Muka2 yg sentiasa ingin mengambil kesempatan untuk 'for their political mileage' semata2 -
Muka2 yang bermuka-muka - berpura-pura - muka2 yang penuh dengan kepalsuan.
Berlakun semata2 untuk mengelabui mata (menipu dalam ertikata lain) rakyat/pengundi.

6. Cakap2 mereka penuh dengan temberang - penuh dengan auta saja - gembar-gembur saja lebih (sebagai memberi gula-gula kpd budak2 kecil). Oleh kerana itu, maka terciptalah satu peribahasa/pantun yg telah diubahsuai sikit menjadi pantun seloka Melayu yg baru (pantun Melayu moden) berbunyi:

Siakap senohong
Gelama ikan duri
Bercakap bohong
Lama-lama jadi menteri (pantun asalnya : Lama-lama jadi pencuri)

(ini hanya berlaku dalam kelompok politikus Melayu UMNO di Malaysia sahaja - memang pencuri dan menteri pun tidak jauh bezanya dalam konteks ini - ini kerana persepsi masyarakat umum kini sudah menganggap pak2 menteri menjadi mewah kaya raya (bukan kerana duit gaji) - jadi, dengan duit apa lagi? sudah tentulah dengan hasil kegiatan 'mencuri' dari kantung rakyat (govt coffers).

Bayangkanlah kemewahan hidup mereka yang berkenaan - sebelum dan selepas - before and after.

No comments:

Post a Comment