Wednesday, October 14, 2009

PUNCA UTAMA - ACTION SPEAKS BETTER THAN WORDS

Tak payah nak buat kajian sana ... kajian sini lah.

Sudah terang dan amat nyata sekali ..... semua orang nampak ... semua orang tahu .... semua orang 'aware'...semua yg dulunya menyokong agak TERKILAN dgn GELAGAT & TELATAH & LAGAKGAYA pemimpin2 PAS yg terlalu rakus dan bertindak ekstrim.

YA! .........

PUNCA UTAMA ADALAH KERANA LAGAK GAYA PEMIMPIN2 PAS DGN TINGKAHLAKU & TINDAK TANDUK YG MELEBIH2 ....

Lihat sajalah lagak gaya menunjukkan kuasa oleh si HASSAN ALI .... dgn isu 'beer'nya. Itu baru jadi ahli exco .... apakah akan terjadi bila dia jadi MB .... malah PM kalau diizinkan Tuhan? Sakan punya 'mabuk kuasa' lah boleh kita tengok nanti ...... tengok muka dia pun sudah cukup memberi gambaran .... makhluk yg laparkan .... dahagakan kuasa .... malah akan lebih rakus lagi dari pemimpin (the devil we know) yg wujud dulu dan kini.

Lagi satu ... gelagat impian Nasharuddin Mat Isa yg bercita2 untuk memegang tampuk posisi seperti TPM kedua ... ketiga .... jika sekiranya ..... Pas sanggup bergabung dgn BN ..... semua itu di lakukan dlm diam2 .... yg agak penuh misteri ..... termasuk pula mendapat lampu hijau (sokongan) dari Presiden nya (Hadi Awang).

Apakah ini tidak menjadikan KECURIGAAN terhadap kaum2 lain dari kalangan yg bukan Melayu dan yg bukan Muslim?

INI SUDAH CUKUP UNTUK MEMBERI JAWAPAN KEATAS APA YG TERJADI DIATAS KEPUTUSAN YG MENUNJUKKAN KEMEROSOTAN SOKONGAN DARI KALANGAN PENGUNDI2 BUKAN MELAYU (KHUSUSNYA CINA & INDIA).

APA MAU KAJI2 LAGI?

TAK PAYAH LAH SEMUA .... BUANG MASA SAJA.

PAS kaji punca kalah di Bagan Pinang

Oct 14, 09 4:12pm

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang meminta semua ahli parti itu supaya tidak menuding jari dan menyalahkan sesiapa, sebelum punca sebenar kekalahan PAS dalam pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang, dikenalpasti.

Sehubungan itu, katanya, PAS akan melakukan bedah siasat untuk meneliti pelbagai aspek - politik tempatan dan nasional - mengenai punca kekalahan parti itu.

Dalam pilihanraya tersebut, calon BN Tan Sri Isa Samad mengekalkan kerusi tersebut dengan mendapat 8,013 undi, menewaskan calon PAS Zulkefly Mohd Omar yang mendapat 2,578 undi.

Isa menang dengan majoriti 5,435 undi, iaitu lebih dua kali ganda daripada majoriti BN dalam pilihanraya umum lalu (2,333 undi).

BN juga menang di kesemua lapan daerah mengundi, termasuk di Pekan Silliau, Ladang Atherton dan Sua Betong, yang dimenangi PAS pada 2008.

Dalam satu kenyataan hari ini, Abdul Hadi berkata, kepimpinan PAS akan mengambil langkah strategik yang bersesuaian tanpa mengorbankan prinsip perjuangan parti dalam melaksanakan penambahbaikan.

“Dalam suasana keriuhan kegagalan kita memenangi kerusi DUN Bagan Pinang ini, semua ahli PAS diminta bertenang dan tidak keliru dengan status-quo kemenangan BN yang dirayakan oleh mereka.

“PAS menyedari bahawa semua pihak menaruh harapan yang tinggi untuk mengambil kerusi DUN Bagan Pinang dari BN.

“Hakikatnya ialah kita menyertai pilihanraya ini dengan penuh maklumat bahawa ianya merupakan satu tugas yang mencabar dan penuh dengan insiden provokasi oleh pihak lawan,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, PAS berterima kasih kepada pengundi yang masih memilih PAS serta petugas parti itu dari segenap pelusuk tanahair yang berkampung di DUN Bagan Pinang.

Abdul Hadi juga mengucap terima kasih orang perseorangan dari pelbagai rumpun bangsa yang datang memberikan tenaga dan sokongan serta semua pihak yang telah berusaha bersama-sama dengan jentera parti dalam berhadapan dengan pilihanraya kecil tersebut.